PROSES persiapan Simposium Tekstil Tradisional ASEAN ke-8 di Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah
PROSES persiapan Simposium Tekstil Tradisional ASEAN ke-8 di Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah
ZAINAH menunjukkan sebahagian tekstil yang bakal dipamerkan pada Simposium Tekstil Tradisional Asean ke-8. FOTO Mohd Fadli Hamzah

Nor ‘Asyikin Mat Hayin

Putrajaya: Tenun Pahang Diraja hasil tangan banduan di bawah Jabatan Penjara Malaysia (JPM) bakal menjadi tumpuan dalam Simposium Tekstil Tradisional Asean ke-8 yang bermula semalam hingga 30 September.

Simposium dwitahunan itu berlangsung di Hotel Marriott di sini mengangkat tema Meraikan Tekstil: Sebuah Perjalanan dan dijangka menghimpunkan 327 penggiat seni tekstil, artisan dan penenun dari 16 negara.

Selepas tertangguh akibat pandemik Covid-19, penganjurannya pada tahun ini dikendali Yayasan Tenun Pahang Diraja dengan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan hadir untuk menyaksikan persiapan terakhir, semalam.

Ketua Seksyen Vokasional dan Industri JPM, Zainah Pardi berkata, pameran produk penjara khususnya Tenun Pahang Diraja atas permintaan Tunku Azizah yang mahu hasil kerja tangan banduan Penjara Penor dan Penjara Bentong, Pahang diketengahkan.

"Seramai 120 banduan daripada dua penjara ini terbabit dalam penghasilan Tenun Pahang Diraja atau Tenun Pahang dan mereka diberikan latihan secukupnya sehingga menjadi penenun mahir," katanya dalam satu kenyataan.

Zainah berkata, banduan dilatih selama antara tiga hingga empat bulan untuk menguasai kemahiran menenun yang keseluruhannya membabitkan lapan proses.

"Tenun Pahang Diraja ini begitu istimewa kerana diperbuat menggunakan benang kapas dan benang poliester yang menjadikan tekstur fabrik sangat lembut.

"Walaupun dihasilkan secara tradisional untuk mengekalkan keaslian warisannya tetapi pemilihan corak adalah selari dengan perkembangan semasa," katanya.

Perasmian simposium hari ini akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sejumlah 19 speaker dari 14 negara akan membentangkan kertas kerja untuk membincangkan isu berkaitan pemeliharaan serta kelestarian tekstil tenunan asli di seluruh rantau Asean.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 September 2022 @ 12:00 PM