Keadaan di tempat kejadian selepas dua remaja yang menunggang motosikal bertembung di Jalan Kuala Baram
Keadaan di tempat kejadian selepas dua remaja yang menunggang motosikal bertembung di Jalan Kuala Baram
Melvin Joni


Miri: Dua remaja lelaki meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung di Jalan Kuala Baram

ByPass, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6.10 petang,, kedua-dua mangsa yang berusia 16 dan 17 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, kejadian berlaku ketika mangsa berusia 16 tahun yang menunggang motosikal SYM Bonus dalam perjalanan menghala keluar ke jalan besar Kuala Baram Bypass, manakala mangsa 17 tahun yang menunggang Yamaha Y15ZR dari arah jalan besar Kuala Baram Bypass.

"Siasatan di tempat kejadian mendapati, penunggang motosikal SYM Bonus telah gagal mengawal motosikalnya lalu bertembung dengan mangsa yang menunggang Y15ZR.

"Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Miri pada jam 7.10 malam," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan itu, Alexson berkata, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 41(1) dan Seksyen 42(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 September 2022 @ 4:32 PM