ANNUAR (kanan) beramah mesra dengan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika meninjau Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di Pulau Sipadan hari ini. FOTO Bernama.
ANNUAR (kanan) beramah mesra dengan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika meninjau Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di Pulau Sipadan hari ini. FOTO Bernama.
BERNAMA

Semporna: Peranan yang dimainkan Jawatankuasa Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bukan berlegar pada Kadar Dasar Semalaman (OPR) sahaja, sebaliknya turut memberi perhatian kepada harga barang keperluan rakyat.

Justeru, pengerusinya Tan Sri Annuar Musa berkata gesaan Pengerusi DAP Lim Guan Eng supaya jawatankuasa itu dibubarkan kerana kenaikan OPR jauh tersasar daripada fakta sebenar.

Selain itu, Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, dalam mekanisme mengawal inflasi, kadar OPR sesebuah negara itu juga perlu dirujuk kepada OPR negara lain dan tidak berlandaskan kepada satu negara semata-mata.

"OPR ini diletak satu badan mengawal dasar kewangan di negara (ini) dan tidak boleh dicampuri jawatankuasa seperti mana yang diwujudkan untuk menangani inflasiā€¦ tidak boleh dicampur tangan politik dalam membuat keputusan, ada kawalan undang-undang, seluruh dunia menggunakan piawaian sama," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke empat pos kawalan keselamatan di sini, hari ini.

Lim hari ini menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membubarkan Jawatankuasa Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi dan mendakwa jawatankuasa itu sebagai 'tidak berkesan, tidak cekap dan tidak relevan'.

Semalam, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.5 peratus.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 September 2022 @ 9:06 PM