GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi, di sini, diberitahu bahawa syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melanggar prosedur selepas tidak menyerahkan cadangan pelaburan usaha sama dengan PetroSaudi International Ltd (PSI) kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Datuk Siti Zauyah Mohd Desa

berkata, cadangan pelaburan itu kemudiannya akan diberikan kepada menteri bertanggungjawab sebelum dibentangkan kepada Kabinet.

Siti Zauyah berkata demikian ketika menjawab soalan peguam utama Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Beliau berkata, pelanggaran proses itu berlaku sejak penubuhan syarikat itu sehingga beliau bersara pada November 2019.

Sepanjang perkhidmatannya, saksi ke-26 pendakwaan mengakui bahawa beliau sudah membuat aduan mengenai kegagalan kepatuhan prosedur itu Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.

Namun setakat pengetahuannya tiada sebarang tindakan lanjut diambil kepada syarikat mahu pun pegawai atasannya.

Siti Zauyah juga mengakui tidak memaklumkan ketidakpatuhan prosedur itu kepada Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.

Pendakwa Raya kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, ketika membacakan kenyataan pembukaan pada Ogos 2019, berkata satu usaha sama palsu antara 1MDB dan Syarikat PetroSaudi International LTD (PSI) yang dikenali sebagai projek Aria diwujudkan Najib dengan 1MDB meminjam AS$1 bilion.

Usaha sama itu dikatakan bagi melabur dalam syarikat dikenali 1MDB Petro Saudi Limited.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Ogos 2022 @ 5:55 PM