LOKASI seorang lelaki dotembak oleh individu tidak dikenali di Kota Damansara, di sini, semalam. FOTO Ihsan Polis.
LOKASI seorang lelaki dotembak oleh individu tidak dikenali di Kota Damansara, di sini, semalam. FOTO Ihsan Polis.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Petaling Jaya: Lelaki parah selepas ditembak individu tidak dikenali ketika menunggang motosikal dalam kejadian di Kota Damansara di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam pada jam 8.40 malam mendakwa lelaki berusia 40-an ditembak.

"Mangsa yang juga seorang ahli perniagaan berjaya melarikan diri serta mendapatkan bantuan daripada pengawal keselamatan di kawasan perumahan berhampiran tempat kejadian.

"Mangsa mengalami kecederaan di bahagian dada dan lengan sebelah kiri kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, sepasukan anggota polis ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.

"Hasil pemeriksaan di tempat kejadian mendapati terdapat motosikal ditinggalkan, polis percaya mangsa yang menunggang motosikal itu terbabas selepas ditembak oleh suspek," katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

"Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan Mohd Maliki Ariffin di talian 013-8308485," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Ogos 2022 @ 5:20 PM