Polis meminta bantuan orang ramai mengesan S Sharveen yang hilang.
Polis meminta bantuan orang ramai mengesan S Sharveen yang hilang.
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Remaja lelaki dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Empire Damansara, Petaling Jaya, 5 Jun lalu.

S Sharveen, 15, dipercayai keluar dari rumah kira-kira 6 petang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kes berkenaan Rabu lalu.

"Difahamkan remaja berkenaan lari dari rumah atas masalah keluarga dan mereka mengambil keputusan menunggunya pulang.

"Bagaimanapun remaja berkenaan tidak pulang menyebabkan mereka membuat laporan laporan polis," katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa boleh menghubungi balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat jenayah, Inspektor Mohd Faizal Ya di talian 011-33556768 bagi membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Ogos 2022 @ 7:29 PM