YBR menerima anugerah Foundation Of The Year (Banking) di atas pencapaian mereka melaksanakan program sosial korporat tahun lalu. FOTO Ihsan YBR
YBR menerima anugerah Foundation Of The Year (Banking) di atas pencapaian mereka melaksanakan program sosial korporat tahun lalu. FOTO Ihsan YBR
Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Yayasan Bank Rakyat (YBR) menerima anugerah Foundation Of The Year (Banking) di atas pencapaian mereka melaksanakan program sosial korporat pada 2021 membabitkan peruntukan RM19.92 juta.

Anugerah berkenaan disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar Datuk Ramlan Harun kepada Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR Mohamad Ghazali Zainal Abidin, pada Majlis Sustainability and CSR Malaysia Award 2022 di sebuah hotel di sini, hari ini.

Pengurus Besar YBR Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, anugerah itu adalah pencapaian YBR dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat sepanjang tahun lalu.

"Ia menjadi sumber inspirasi bagi organisasi badan bukan kerajaan (NGO) lain untuk terus membantu masyarakat yang memerlukan tanpa mengira agama dan kaum.

"Anugerah ini turut mencerminkan komitmen YBR dalam usaha meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi rakyat melalui pembangunan pendidikan, pemerkasaan masyarakat serta bantuan penjagaan kesihatan," katanya dalam kenyataan malam ini.

Selain itu, Syaiful Rizal berkata, penghormatan itu membuktikan YBR menjadi salah satu ejen kepada perubahan sosioekonomi yang lebih mampan dan telus.

Katanya, YBR turut mengucapkan terima kasih kepada anggota Bank Rakyat, kerajaan, rakan kerjasama strategik, badan berkeuntungan dan bukan berkeuntungan dan pelanggan yang menjadi sebahagian daripada kejayaan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Ogos 2022 @ 10:52 PM