TUN Mohd Khalil menyiram dan menabur bunga di pusara isterinya, Allahyarham Toh Puan Zurina.  FOTO Amir Mamat
TUN Mohd Khalil menyiram dan menabur bunga di pusara isterinya, Allahyarham Toh Puan Zurina. FOTO Amir Mamat
Amir Mamat


Melaka: Jenazah Toh Puan Zurina Kassim, isteri kepada bekas Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob selamat dikebumikan di Makam Pahlawan Melaka, di Masjid Al-Azim, Bukit Palah, di sini sebentar tadi.

Jenazah Allahyarham tiba di masjid berkenaan kira-kira 8.30 malam sebelum disembahyangkan dengan diimamkan Mufti Negeri, Datuk Wira Abdul Halim Tawil yang turut mengetuai bacaan talkin.

Lebih 1,000 jemaah menyertai solat jenazah berkenaan.

Turut hadir Yang di-Pertua Negeri Tun Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan Asmah Abd Rahman; Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali serta beberapa pemimpin negeri.

Terdahulu, Allahyarham Zurina dimandi dan dikafankan di Masjid Saidina Ali, Bukit Katil kira-kira 6.15 petang sebelum jenazahnya dibawa ke Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh bagi tujuan penghormatan terakhir pemimpin dan rakyat negeri ini.

Zurina, 78, meninggal dunia di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur kira-kira jam 10.10 pagi tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Ogos 2022 @ 10:45 PM