TIEW Meng mencari ibu bapa kandung anak angkatnya, Hui Nee (gambar). FOTO Ihsan Keluarga
TIEW Meng mencari ibu bapa kandung anak angkatnya, Hui Nee (gambar). FOTO Ihsan Keluarga
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Seorang penjaga kepada remaja perempuan berusia 14 tahun mencari ibu bapa kandung kepada anak di bawah jagaannya itu yang terpisah sejak sekian lama.

Remaja berkenaan, Tee Hui Nee, 14, dipelihara keluarga angkat dan menetap di Puchong tanpa sebarang dokumen selain daripada sijil kelahiran.

Bapa angkatnya, Tee Tiew Meng berkata, dia dan isteri menjaga remaja berbangsa India berkenaan sejak usia empat hari.

Katanya, sejak itu anak angkatnya tidak pernah bertemu kedua ibu bapa kandungnya itu sehingga ke hari ini.

"Untuk itu saya ingin mencari ibu bapa kandung kepada anak angkat kami ini.

"Dia diserahkan kepada saya ketika berusia empat hari. Saya dan isteri tidak tahu di mana ibu bapa kandung kepada anak angkat kami ini berada dan tidak pernah berjumpa dengannya," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, dia merayu orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubunginya di talian 012-687 8312.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Ogos 2022 @ 8:05 PM