NAJIB pada sidang media selepas prosiding rayuan akhir membabitkan dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Persekutuan. FOTO Mohd Fadli Hamzah.
NAJIB pada sidang media selepas prosiding rayuan akhir membabitkan dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Persekutuan. FOTO Mohd Fadli Hamzah.
Farah Marshita Abdul Patah


Putrajaya: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan dirinya kini seperti tanpa peguam bela walaupun Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan peguamnya Hisyam Teh Poh Teik untuk menarik diri daripada perbicaraan.

"Saya kini secara realiti, tidak mempunyai peguam bela dan tidak boleh untuk menghujahkan pembelaan.

"Saya percaya, saya mempunyai kes yang kuat dan credible (dipercayai) serta saya juga percaya bahawa Hisyam dan pasukannya sekiranya diberikan waktu yang munasabah akan melakukan tugas hebat," katanya kepada media selepas selesai prosiding rayuannya.

Sehubungan itu, Najib berkata, beliau ingin merekodkan bantahan terhadap prosiding rayuannya hari ini untuk mengetepikan sabitan dan hukuman terhadapnya dalam kes rasuah SRC International berjumlah RM42 juta.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, beliau berdoa dan berharap akan mendapat perbicaraan yang adil dan keadilan akan menang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Ogos 2022 @ 6:53 PM