CIKGU Fana memberikan perkongsian tips menjawab soalan. FOTO ihsan PTTI
CIKGU Fana memberikan perkongsian tips menjawab soalan. FOTO ihsan PTTI
Sudirman Mohd Tahir

 

Kuala Lumpur: Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI memulakan program #SchoolTourSPM ke sekolah di seluruh Malaysia bagi membantu pelajar yang bakal menduduki peperiksaan itu.

Sebagai permulaan, PTTI bersama Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih mesra disapa sebagai Cikgu Fana meraikan jemputan guru kimia di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lipis, Kuala Lipis, Pahang untuk berkongsi bersama lebih 160 pelajar SPM mengenai tips dan strategi skor A subjek kimia.

Cikgu Fana berkata, dia berpeluang berjumpa 15 guru kimia yang mana sebelum ini mereka hanya menonton perkongsian video dalam membantu kefahaman pelajar.

"Jemputan ini adalah inisiatif guru kimia Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford, Cikgu Husaini dan disertai semua guru kimia di daerah Lipis. Mereka sangat teruja dapat berjumpa kerana selama ini hanya menonton video yang saya kongsikan untuk membantu kefahaman pelajar yang bakal menduduki SPM.

"Sesi ini bermula dari pagi hingga petang yang turut membabitkan lebih 160 pelajar SPM mana saya berkongsi tips sebagai persediaan awal menghadapi percubaan SPM terutama subjek Kimia. "InsyaAllah, menerusi program ini kami berhasrat untuk membantu dan bekerjasama dengan lebih banyak sekolah sebagai persediaan untuk menghadapi SPM," katanya.

Menurutnya, program #SchoolTourSPM bakal diteruskan di beberapa lagi sekolah dalam negara tidak lama lagi.

"PTTI percaya kolaborasi pihak sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersama pihak swasta dapat meningkatkan prestasi pelajar menjelang SPM dengan sasaran lebih 60 peratus pelajar lulus dan mendapat sekurang kurangnya 5A dan ke atas.

"Kami melihat kepada potensi generasi sekarang yang mampu dipupuk dengan penggunaan teknologi interaktif dapat merangsang minat yang lebih mendalam terutamanya dalam bidang STEM dan inovasi teknologi baru," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Ogos 2022 @ 5:28 PM