Nooh Gadut
Nooh Gadut
BERNAMA

Shah Alam: Bekas Mufti Johor Datuk Nooh Gadut dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang baharu.

Menerusi hantaran di Facebook, Selangor Royal Office memaklumkan pelantikan berkenaan mendapat perkenan daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan berkuat kuasa bermula 30 Jun lalu sehingga 29 Jun 2024.

"Hari ini, baginda selaku Pengerusi MKI berkenan mengurniakan watikah pelantikan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam dan menyaksikan majlis serah tugas daripada mantan Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang juga Mufti Perak," menurut kenyataan itu.

Nooh memegang jawatan sebagai Mufti Johor yang ke-11 pada 1999 hingga 2008.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Ogos 2022 @ 6:33 PM