BILIK sauna terbakar 80 peratus. FOTO Ihsan Bomba.
BILIK sauna terbakar 80 peratus. FOTO Ihsan Bomba.
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Bilik sauna di dalam sebuah pusat beli-belah terkemuka di Jalan Ampang di sini, terbakar hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.21 petang.

"Seramai 13 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak dan BBP Titiwangsa dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, kami mendapati berlaku kebakaran di dalam sebuah bilik sauna yang berada di tingkat bawah bangunan pusat beli-belah terbabit," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, anggota bomba bertugas berjaya memadam kebakaran itu sepenuhnya sembilan minit kemudian.

"Kemusnahan kebakaran dianggarkan kira-kira 80 peratus dan kejadian terbabit tidak

membabitkan mangsa. Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Ogos 2022 @ 9:33 PM