GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Plus Malaysia Berhad (Plus) menutup sementara lorong kiri dan kecemasan Lebuhraya Utara Selatan di laluan Tapah-Bidor, susulan kerja penyelenggaraan jalan bermula Isnin ini sehingga 22 Julai depan.

Plus dalam kenyataan hari ini memaklumkan laluan yang ditutup antara Kilometer 335.70 (KM) hingga KM336.65 dan pengguna dinasihatkan supaya merancang perjalanan masing-masing.

"Sepanjang tempoh itu, penggunaan lorong kecemasan secara berkala akan diaktifkan sekiranya perlu bergantung kepada keadaan trafik di laluan terbabit.

"Justeru, pelanggan yang menghala ke selatan dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi Plus untuk mendapatkan maklumat trafik terkini," menurut kenyataan itu.

Plus turut menasihati pengguna lebuh raya supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh kakitangan Plus ketika melalui kawasan itu.

Pelanggan lebuh raya boleh menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 untuk mendapatkan maklumat trafik atau bantuan apabila berlaku kecemasan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Julai 2022 @ 12:50 PM