KEMALANGAN yang menyebabkan suami isteri warga emas maut di kilometer 28Jalan Lok Heng - Mawai. FOTO Tular
KEMALANGAN yang menyebabkan suami isteri warga emas maut di kilometer 28Jalan Lok Heng - Mawai. FOTO Tular
Omar Ahmad

Kota Tinggi: Pasangan suami isteri warga emas maut selepas motosikal dinaiki mereka dilanggar sebuah kereta di kilometer 28 Jalan Lok Heng-Mawai, di sini, semalam.

Dalam kejadian 12 tengah hari itu, lelaki berusia 67 tahun dan isterinya berusia 65 tahun dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Hussin Zamora berkata, ketika kejadian, pasangan suami isteri itu dalam perjalanan menghala ke Felda Waha sebelum bertembung dengan kereta Honda City dari dari arah ke Mersing.

"Apabila tiba di selekoh ke arah Kota Tinggi, kereta dipandu lelaki berusia 43 tahun terbabit hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan motosikal mangsa.

"Kedua-dua mangsa yang parah dihantar ke Hospital Kota Tinggi, namun meninggal dunia ketika menerima rawatan, manakal pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Julai 2022 @ 4:55 PM