Pemain kostum bersama anak yatim yang diraikan dalam acara Ikonfest di pusat beli-belah, di sini, baru-baru ini. Foto ihsan pembaca.
Pemain kostum bersama anak yatim yang diraikan dalam acara Ikonfest di pusat beli-belah, di sini, baru-baru ini. Foto ihsan pembaca.
Ahmad Hasbi


Seremban: Sekumpulan penggiat cosplay (Cosplayer) bukan saja meraikan anak yatim daripada Rumah Anakku Sayang Ar Rayan di sini, malah berjaya mengumpul RM5,000 sebelum disumbang kepada rumah berkenaan serta penghidap barah.

Kutipan berkenaan dikumpul sepanjang tiga hari acara 'Ikonfest' bersama selebriti tempatan dan Usahawan Ikhlas Negeri Sembilan diadakan di Pasaraya Mydin Seremban 2 di sini, baru-baru ini.

Jurucakap Cosplay Caza4U, Dicky Halimy Osman berkata, dalam beberapa acara cosplay sebelum ini, separuh daripada kutipan RM5,000 diserah kepada Rumah Anakku Sayang Ar Rayan manakala RM2,500 lagi disumbang untuk seorang kanak-kanak penghidap barah.

"Ternyata anak-anak yatim ini teruja apabila melihat 10 penggiat cosplay yang mengenakan kostum bertemakan 'Star Wars' beraksi.

"Penggiat cosplay ini bukan sekadar hobi malah ia juga boleh dijadikan medium untuk membuat amal," katanya ditemui.

Menurutnya, pihaknya sering juga dipelawa untuk membuat kejutan sambutan hari lahir buat kanak-kanak penghidap barah atau anak yatim.

"Hobi ini bukan sekadar untuk berseronok semata-mata. Kami harap lebih ramai penggiat cosplay akan dapat melakukan perkara positif untuk masyarakat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Julai 2022 @ 1:45 PM