Pengamal media yang menyertai acara menembak sempena hari bersama media APMM di Mantin. FOTO ABNOR HAMIZAM ABD MANAP
Pengamal media yang menyertai acara menembak sempena hari bersama media APMM di Mantin. FOTO ABNOR HAMIZAM ABD MANAP
Abnor Hamizam Abd Manap


Seremban: Seramai 56 pengamal media menyertai aktiviti menembak Hari Bersama Media anjuran Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Lapang Sasar Mantin dekat sini, hari ini.

Program sepatutnya diadakan pada 2020 lalu ditangguhkan berikutan pandemik Covid-19.

Pengamal media diberi peluang menggunakan pistol HK SFP9 automatik yang membabitkan dua acara iaitu 'precision' individu dan berkumpulan.

Program diadakan bagi mengeratkan hubungan dan menghargai peranan pengamal media dan APMM.

Turut serta 40 peserta jemputan terdiri daripada pengurusan tertinggi, pegawai kanan APMM dan pengurusan media.

Hadir sama Ketua Pengarah APMM Laksamana (M) Datuk Mohd Zubil Mat Som yang turut merasmikan program berkenaan.

Hari bersama media sebelum ini diadakan pada setiap tahun namun tertangguh akibat Covid-19.

Menerusi aktiviti ini, pengamal media turut diberi penerangan menyeluruh mengenai aspek keselamatan pengendalian senjata api yang digunakan APMM.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Julai 2022 @ 1:42 PM