GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Muhaamad Hafis Nawawi


Ampang Jaya: Lelaki warga asing dibunuh selepas terbabit dalam pergaduhan di hadapan sebuah rumah di Jalan AU2A/14 Taman Keramat, Hulu Kelang, di sini, malam ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pada jam 10.36 malam, polis terima panggilan MERS 999 dari orang awam, mengatakan ada pergaduhan di hadapan sebuah rumah.

Menurutnya, polis yang ke lokasi kejadian mendapati seorang lelaki dipercayai warganegara asing dijumpai terbaring berlumuran darah di lokasi.

"Pihak ambulans membuat pemeriksaan dan mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Butiran mangsa masih lagi dalam siasatan," katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, siasatan di tempat kejadian masih lagi berjalan dan motif masih belum dikenalpasti

"Orang ramai yang mengetahui kejadian diminta tampil untuk memberi kerjasama dalam membantu siasatan kes ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Julai 2022 @ 12:31 AM