HONOR X9 5G dilengkapi paparan beresolusi tinggi dengan kadar segar semula 120Hz - FOTO HONOR
HONOR X9 5G dilengkapi paparan beresolusi tinggi dengan kadar segar semula 120Hz - FOTO HONOR
Mohammad Asyraf Khalib

PERANTI baharu HONOR X9 5G yang popular di China turut berjaya mencuri tumpuan ramai peminat teknologi tanah air apabila telefon pintar itu dilengkapi pelbagai ciri baharu yang hebat dan berkualiti premium. 

Berdasarkan ujian simulasi ketahanan selama 36 bulan, HONOR X9 5G merekodkan penyusutan jangka hayat yang sedikit iaitu hanya 3.8 peratus, membuktikan ketahanan dan kualitinya yang tiada tandingan.

Di China, HONOR X9 5G dinobatkan sebagai peranti paling laris bagi lingkungan harga 1,500 hingga 2,000 yuan (RM985 hingga RM1,314) serta diiktiraf sebagai Telefon Kegemaran Pengguna Tahunan oleh cww.net.cn.

Berikut antara sebab utama HONOR X9 5G mendapat sambutan baik di China dan Malaysia.

1. Paparan FullView 120Hz

HONOR X9 5G dilengkapi paparan beresolusi tinggi dengan kadar segar semula 120Hz, membolehkan pengguna menonton filem secara berterusan tanpa sebarang gangguan.

Pengalaman tontonan juga lebih memuaskan dengan penyertaan skrin bezel Super-Narrow 1.05 milimeter (mm) serta nisbah skrin ke badan 94 peratus, menawarkan pengalaman tontonan lebih sinematik. 

Selain itu, paparan FullView HONOR 6.81 inci turut menyokong 16.7 juta warna, menghasilkan paparan lebih terang dan jelas bagai dunia nyata.

2. Bateri tahan lama

Dari segi ketahanan bateri, HONOR X9 5G pasti tidak mengecewakan pengguna kerana ia disertakan dengan bateri berkapasiti besar iaitu 4800mAh, cukup untuk memenuhi keperluan harian pengguna.

Ia juga dilengkapi teknologi pengecasan pantas HONOR SuperCharge 66Watt (W) yang membolehkan peranti itu dicas sehingga 50 peratus dalam masa 15 minit dan pengecasan penuh hanya 45 minit. 

Dengan gandingan teknologi sehebat ini, anda boleh memuat turun sebanyak mungkin permainan yang anda mahu dan bermain sepanjang hari tanpaperlu bimbang kehabisan bateri.

3. Pemproses Qualcomm® Snapdragon® 695 5G

HONOR X9 5G juga tidak ketinggalan dari segi prestasi kerana ia dikuasakan pemproses Qualcomm® Snapdragon® 695 5G yang mampu menawarkan pengalaman permainan mudah alih yang lancar.

HONOR RAM Turbo pula menjadikan prestasi peranti lebih efisien sekali gus pemain dapat menikmati pengalaman permainan mudah alih pada tahap maksimum tanpa sebarang sekatan. 

Selain HONOR X9 5G, Siri HONOR X juga hadir dengan model lain seperti HONOR X8 yang tampil bergaya dengan rekaan badan langsing, serta kamera kuad 64MP, membolehkan pengguna mengambil gambar berkualiti tinggi dengan hanya satu klik.

Model HONOR X7 juga turut menjadi tarikan ramai pengguna kerana ia disertakan bateri sebesar 5000mAh dengan harga yang lebih mesra poket berbanding model siri HONOR X yang lain.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai HONOR X9 5G atau Siri HONOR X , layari laman web HONOR.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Jun 2022 @ 12:22 PM