Bangunan Kementerian Luar Negeri
Bangunan Kementerian Luar Negeri
BERNAMA

Kuala Lumpur: Seorang rakyat Malaysia yang merupakan mangsa kemalangan jalan raya di Muzdalifah, Arab Saudi pada Khamis lalu masih lagi menerima rawatan di Makkah.

Menurut Konsulat Jeneral Malaysia (KJM) di Jeddah menerusi satu kenyataan di Facebook, mangsa dinasihatkan untuk terus mendapatkan rawatan susulan atas nasihat doktor serta permintaannya sendiri.

"KJM Jeddah akan terus menghulurkan bantuan konsular terhadap mangsa insiden ini dan mendoakan agar beliau akan segera pulih. Insya Allah," menurut kenyataan itu.

Seorang lagi mangsa telah dihantar pulang ke Malaysia dengan penerbangan Saudia Airlines pada awal pagi hari ini.

Kementerian Luar pada minggu lalu mengesahkan insiden kemalangan melibatkan bas pekerja dinaiki 15 rakyat Malaysia yang bekerja di sebuah syarikat pembinaan yang terbabit dengan projek landasan dan perkhidmatan kereta api di Makkah.

KJM berkata susulan kejadian itu, pihaknya telah melawat dua mangsa tersebut yang masing-masing dirawat di Hospital An Nur dan King Faisa Hospital di Makkah.

Berita berkaitan

15 warga Malaysia terbabit kemalangan bas di Arab Saudi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Jun 2022 @ 10:55 PM