Hanis Aliaa Hidzir

IMPAK daripada norma baharu sejak dua tahun lalu, kebanyakan rakyat Malaysia dilihat sudah terbiasa melakukan urusan harian secara dalam talian walaupun negara kini dalam fasa peralihan ke endemik.

Daripada membeli-belah barangan keperluan sehingga urusan perbankan, mempunyai sambungan internet yang stabil sudah menjadi satu keperluan penting bagi sesebuah isi rumah untuk pelbagai tujuan.

Namun, selaras dengan kemajuan teknologi yang dikecapi, kos sara hidup di Malaysia juga dilihat kian meningkat.

Ditambah pula dengan kehadiran bil internet dalam belanjawan bulanan kebanyakan keluarga, maka tidak hairanlah sekiranya rakyat Malaysia mula menyusun dan membuat penyesuaian untuk mengimbangi kewangan dengan peningkatan kos sara hidup.

Selain membawa bekal dan menaiki kenderaan awam ke tempat kerja, alternatif lain menjimatkan wang paling mudah dan kerap diabaikan ialah menyemak pelan internet setiap enam hingga 12 bulan.

Untuk lebih penjimatan belanjawan bulanan, gabungkan internet kediaman dengan perkhidmatan telefon mudah alih di bawah satu pelan yang mana pengguna boleh memilih dari pelbagai pakej mengikut kesesuaian bajet isi rumah.

Jadi, sekiranya pengguna tidak melakukan semakan dalam tempoh enama hingga 12 bulan, berkemungkinan pengguna membayar lebih daripada yang sepatutnya terutama isi rumah besar.

Sebagai perbandingan, berikut beberapa faedah yang ditawarkan pelan pascabayar Family Unlimited serba baharu.

Lebih nilai, lebih penjimatan

Image

Dilancarkan 1 Mac lalu, pelan pascabayar Family Unlimited menawarkan tiga talian dengan internet berkelajuan tinggi serta panggilan tanpa had bermula dari RM200 sebulan.

Buat keluarga lebih besar, pelanggan juga boleh menambah sehingga empat talian tambahan dengan hanya RM45 sebulan bagi setiap talian.

Bagi melengkapkan pengalaman sambungan di rumah, pengguna boleh melanggan Digi Fibre berkelajuan 300Mbps untuk capaian internet lebih lancar dengan tambahan RM100 sebulan.

Lebih menarik, pelanggan turut boleh mendapatkan kelajuan lebih rendah atau lebih tinggi mengikut keperluan dan bajet masing-masing.

Walaupun penggunaan Internet terhad untuk talian sendiri dan tidak terpakai untuk perkongsian, hotspot atau muat turun Peer-to-Peer, pengguna masih boleh menikmati kuota hotspot 1GB setiap bulan.

Istimewa buat pelanggan yang mendaftar mulai 1 Jun sehingga 31 Julai 2022, mereka menikmati penaiktarafan kuota hotspot bulanan dari 1GB kepada 5GB secara percuma untuk seumur hidup serta membawa pulang Samsung Galaxy A7 Tab Lite bernilai RM699.

Selain itu, jika penggunaan pelanggan melebihi had penggunaan wajar Digi sebanyak 999GB sebulan, penggunaan internet pelanggan akan dihadkan kepada kelajuan 2G sehingga permulaan kitaran bil berikutnya.

Sementara itu, Digi turut menyediakan kalkulator supaya pengguna dapat mengira pelan yang bersesuaian dengan bajet dan keperluan mereka selain memudahkan pelanggan mendapatkan gambaran jelas harga bulanan yang perlu mereka bayar.

Image

Kira dan buat perbandingan pelan mudah alih anda di sini.

Pakej keluarga paling berbaloi

Pelan Pascabayar Family Unlimited Digi

Pelan Asas

  • RM200 sebulan (1 talian utama + 2 talian tambahan)
  • Internet dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian
  • Percuma 1GB data hotspot untuk setiap talian*

Talian Tambahan Family 45 Tanpa Had

(sehingga empat talian tambahan)

  • RM45 sebulan untuk setiap talian tambahan
  • Internet berkelajuan tinggi tanpa had
  • Panggilan tanpa had ke semua rangkaian
  • Percuma 1GB data hotspot untuk setiap talian*

*Naik taraf secara percuma kepada 5GB untuk seumur hidup buat pelanggan yang mendaftar mulai 1 Jun sehingga 31 Julai 2022. 

Pelan pascabayar Family Unlimited tanpa kontrak ini pastinya lebih berbaloi buat keluarga yang mahukan capaian Internet dengan komitmen bulanan mengikut bajet masing-masing.

Walaupun tidak terikat dengan kontrak, pelanggan masih mempunyai fleksibiliti untuk memilih seleksi Freedom Add-Ons selama 12 bulan untuk penjimatan dan faedah yang lebih besar secara percuma.

Jom segera mendaftar untuk Digi Postpaid Family Unlimited di Digi Store atau Digi Store Express dan nikmati faedah yang ditawarkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelan pascabayar Family Unlimited, layari https://www.digi.com.my/postpaid/family.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Jun 2022 @ 11:57 AM