Gambar hiasan
Gambar hiasan
Mohd Amin Jalil


Port Dickson: Doktor yang ditemui meninggal dunia di bilik hotel di Pasir Panjang di sini, Jumaat lalu dikatakan mengalami kemurungan.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, perkara itu dimaklumkan ahli keluarga mangsa ketika ditemubual.

"Keluarga memaklumkan mangsa mungkin kemurungan disebabkan pekerjaannya dan pihak polis turut menemui beberapa jenis ubat merawat kemurungan di dalam biliknya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, siasatan pihaknya tidak menemui sebarang unsur jenayah di tempat kejadian dan semakan dengan pihak hotel mendapati mangsa mendaftar masuk seorang diri pada 19 Mei lalu.

Menurutnya, mangsa berusia 37 tahun dan masih bujang disahkan meninggal dunia pada 2.56 petang dan setakat ini kes diklasifikasikan maji mengejut.

Sebelum ini, media melaporkan wanita yang juga pegawai perubatan di sebuah hospital di Petaling Jaya, Selangor ditemui meninggal dunia di sebuah hotel di Pasir Panjang, Port Dickson, 20 Mei lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Mei 2022 @ 8:49 PM