Anggota pasukan penyelamat melakukan pemantauan di lokasi banjir. FOTO ihsan JPBN
Anggota pasukan penyelamat melakukan pemantauan di lokasi banjir. FOTO ihsan JPBN
Mohd Roji Kawi


Kuching: Seramai 42 mangsa banjir dari empat kampung di Lawas dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka dilanda banjir, hari ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, empat kampung terjejas itu ialah Kampung Seberang Kedai, Kampung Perumahan Gelapas, Kampung Masjid dan Kampung Tengah.

Menurutnya, semua mangsa kini ditempatkan di Dewan Masyarakat Daerah Kecil Trusan.

"PPS dibuka mulai jam 10.30 pagi hari ini berikutan paras air semakin membimbangkan," katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurutnya, pemantauan dijalankan untuk memastikan paras air selamat sebelum membenarkan semua mangsa kembali ke rumah masing-masing.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Mei 2022 @ 8:10 PM