Hisamuddin (tiga dari kiri)mengadakan sidang media Majlis Perbarisan Veteran Sempena 100 Tahun di Dataran Pahlawan Negara di sini hari ini. Foto Samadi Ahmad
Hisamuddin (tiga dari kiri)mengadakan sidang media Majlis Perbarisan Veteran Sempena 100 Tahun di Dataran Pahlawan Negara di sini hari ini. Foto Samadi Ahmad
Samadi Ahmad


Putrajaya: Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan mengumumkan berita gembira kepada ahli Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) dalam tempoh terdekat.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau memahami keinginan disuarakan PVATM antaranya berkaitan pengampunan tribunal ATM dan menambah baik pencen terbitan untuk balu ATM.

Beliau bagaimanapun memohon jasa baik ahli PVATM memahami situasi semasa berikutan ia

memerlukan perancangan kewangan negara cukup teliti apatah lagi ketika negara masih dalam usaha pemulihan covid-19.

"Ini bukan bermakna PVATM tidak boleh meminta dan bersuara, saya sentiasa meletakkan usaha pembelaan veteran ATM sebagai keutamaan sejak memegang jawatan di kementerian ini sebelum ini. Pendirian saya tidak akan pernah berubah.

"Ketika pertama kali menerajui kementerian ini, saya sudah meluluskan beberapa keinginan PVATM dan sebagai veteran ATM yang diasuh dan dididik dengan nilai disiplin dan adab yang tinggi, saya yakin ahli PVATM boleh menyuarakan keinginan dengan cara tertib, bermaruah, rasa hormat dan kasih sayang," katanya selepas Majlis Perbarisan Veteran Sempena 100 Tahun di Dataran Pahlawan Negara di sini, tadi.

Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Presiden PVATM, Presiden PVATM, Datuk Shaharudin Omar.

Seramai 562 veteran ATM terbabit dalam perbarisan itu mewakili ahli berdaftar melebihi 170,000 veteran dari seluruh negara.

"Saya berharap veteran ATM dapat memahami dan yakin bahawa MINDEF dan ATM sentiasa meletakkan veteran sebagai keutamaan," katanya.

Dalam konteks peluang kerjaya kedua, veteran ATM, Hisamuddin memaklumkan, MINDEF sentiasa mencari jalan meningkatkan kerjasama dengan pelbagai agensi bagi membolehkan veteran ATM mendapat kerjaya kedua dengan pendapatan yang

setimpal selepas bersara.

Katanya, bilangan veteran ATM yang mendapat pekerjaan kedua juga semakin bertambah setiap tahun, hasil kerjasama MINDEF dengan pelbagai agensi

termasuk Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Mei 2022 @ 6:25 PM