Ruwaida Md Zain


Shah Alam: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Sambutan Aidilfitri bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini, malam tadi.

Beliau turut diiringi Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri KUSKOP, Tan Sri Noh Omar.

Turut hadir, Yang Dipertua Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.

Majlis yang dihoskan oleh KUSKOP itu dihadiri kira-kira 10,000 jemputan yang terdiri daripada menteri kabinet, usahawan, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, pemimpin masyarakat, penduduk sekitar.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mei 2022 @ 11:36 PM
ISMAIL Sabri  (duduk dua dari kiri) bersama Tengku Zafrul (duduk dua dari kanan), Najib (duduk kiri) dan Noh (duduk kanan) pada Majlis Ramah Mesra dan Sambutan Aidilfitri KUSKOP. FOTO Faiz Anuar.
ISMAIL Sabri (duduk dua dari kiri) bersama Tengku Zafrul (duduk dua dari kanan), Najib (duduk kiri) dan Noh (duduk kanan) pada Majlis Ramah Mesra dan Sambutan Aidilfitri KUSKOP. FOTO Faiz Anuar.