TANAH runtuh akibat hujan lebat. FOTO Ihsan Pembaca
TANAH runtuh akibat hujan lebat. FOTO Ihsan Pembaca
Abnor Hamizam Abd Manap


Kuala Pilah: Jalan Kampung Batu-Inas menghala Kuala Pilah berhampiran Kampung Kabong, di sini ditutup kedua-dua arah selepas berlaku tanah runtuh dan pokok tumbang.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian pokok tumbang dan tanah runtuh berkenaan kira-kira 3.30 petang.

Katanya, ketika ini kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan oleh pasukan penyelamat dan agensi bertanggungjawab.

"Kejadian itu dipercayai berlaku lebih awal berikutan hujan yang agak lebat sejak tengah hari tadi," katanya.

Berikutan itu, Amran berkata, buat masa ini, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif di Kampung Sri Repah, Tampin untuk ke Kuala Pilah atau Rembau untuk semua jenis kenderaan.

"Ini kerana laluan berkenaan masih sedang diteliti tahap keselamatan sebelum boleh dilalui," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mei 2022 @ 9:02 PM