LAPORAN portal Harian Metro semalam.
LAPORAN portal Harian Metro semalam.
Raja Noraina Raja Rahim


Ampang: Kontraktor sambilan ditahan polis bagi membantu siasatan kes dera kanak-kanak lelaki yang dijaganya di Pandan Perdana, di sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di Jalan Besar Taman Dagang di sini, pada 5.40 petang hari ini.

"Suspek adalah kawan kepada bapa mangsa yang diminta untuk menjaga kanak-kanak terbabit kerana ibu bapa kandungnya ditahan di penjara.

"Semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau berkaitan dadah dan satu rekod jenayah Komersial," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Ampang esok bagi tujuan permohonan reman.

Harian Metro semalam melaporkan, kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun lebam di muka dipercayai didera penjaga dalam kejadian di Pandan Perdana.

Kejadian pada 1 tengah hari itu terbongkar selepas jiran mereka mendengar tangisan kuat kanak-kanak terbabit.

Berita berkaitan:

  • Budak tiga tahun cedera disyaki didera penjaga
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mei 2022 @ 8:47 PM