Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
BERNAMA

Kuala Lumpur: Sebanyak 806,532 atau 22.7 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web Covidnow, sebanyak 1,518,923 atau 42.8 peratus kanak-kanak dalam kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,892,051 atau 93 peratus telah lengkap vaksinasi manakala 2,990,315 atau 96.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 16,029,483 individu dewasa atau 68.1 peratus telah menerima dos penggalak manakala 22,966,486 atau 97.6 peratus melengkapkan kedua-dua dos vaksin dan 23,242,789 (98.8 peratus) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 32,106 dos vaksin Covid-19 harian diberikan semalam melibatkan 7,973 dos pertama, 19,923 dos kedua dan 4,210 dos penggalak, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini 70,233,232.

Menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 10 kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dengan masing-masing dua kes di Selangor, Terengganu dan Pulau Pinang, manakala masing-masing satu kes di Putrajaya, Melaka, Kedah dan Johor.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 April 2022 @ 9:54 AM