ANNUAR Musa (berdiri, kiri) beramah mesra dengan wakil media. FOTO Hairul Anuar Rahim
ANNUAR Musa (berdiri, kiri) beramah mesra dengan wakil media. FOTO Hairul Anuar Rahim
ANNUAR (tiga kanan) beramah mesra dengan wartawan veteran. FOTO Hairul Anuar Rahim
ANNUAR (tiga kanan) beramah mesra dengan wartawan veteran. FOTO Hairul Anuar Rahim
ANNUAR beramah mesra dengan pengurusan kanan Kumpulan Media Prima Berhad ketika Majlis Apresiasi Pengamal Media. FOTO Hairul Anuar Rahim
ANNUAR beramah mesra dengan pengurusan kanan Kumpulan Media Prima Berhad ketika Majlis Apresiasi Pengamal Media. FOTO Hairul Anuar Rahim
ANNUAR pada sidang media selepas Majlis Apresiasi Pengamal Media Bersama MenKOMM. FOTO Bernama
ANNUAR pada sidang media selepas Majlis Apresiasi Pengamal Media Bersama MenKOMM. FOTO Bernama
Irwan Shafrizan Ismail

Kuala Lumpur: Biarpun video Aidilfitri usahawan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman menerima kecaman banyak pihak, Kementerian Komunikasi dan Multimedia tidak mempunyai hak untuk menyekat serta merta.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya perlu melengkapkan siasatan terlebih dahulu sebelum tindakan lanjut boleh diambil.

"Kita tak boleh sekat sebab nanti orang saman kita. Kalau nak sekat kena berdasarkan undang-undang. Kementerian dan menteri tak boleh sekat. Yang boleh sekat mahkamah.

"Kalau boleh sekat, macam-macam saya dah sekat, tapi kita ada akta, maknanya kalau langgar undang-undang, baru boleh ambil tindakan," katanya selepas Majlis Apresiasi Pengamal Media bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia di sini, hari ini.

Terdahulu, Aliff Syukri memberi keterangan hampir lima jam bagi membantu siasatan berhubung klip video muzik sempena Aidilfitri yang dikaitkan dengan unsur bertentangan norma dan budaya tempatan.

Ketika ditemui pemberita, usahawan itu memohon maaf dan merayu semua pihak tidak mengaitkan ahli keluarganya.

Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung video berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 April 2022 @ 10:24 PM