GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
BERNAMA

Kuala Lumpur: Individu yang sudah divaksinasi dan pulih daripada Covid-19 digesa mengambil suntikan dos penggalak mereka dengan segera.

Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth Corporation Sdn Bhd Anas Alam Faizli yang membuat gesaan itu berkata kini seseorang itu boleh terus disuntik dengan dos penggalak sebaik sahaja dia pulih dari Covid-19 dan selepas berunding dengan doktor yang melakukan suntikan vaksinasi.

Dalam kenyataan hari ini, beliau turut mengulangi gesaan supaya orang ramai mengambil dos penggalak bagi tujuan melindungi kelompok rentan dalam negara yang terdedah daripada jangkitan virus itu.

"Kira-kira 7.5 juta orang dewasa dalam negara belum mendapat suntikan dos penggalak dan jumlah ini termasuk 835,000 individu berumur 60 tahun ke atas, serta 2.1 juta penerima vaksin Sinovac sepenuhnya.

"Kita mesti lindungi kelompok rentan yang terdedah daripada Covid-19. Tolong pastikan mereka mengambil dos penggalak sekarang dan lindungi keluarga anda," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Mac 2022 @ 8:53 PM