Foto hiasan
Foto hiasan
Amir Abd Hamid

Kuala Lumpur: Purata kadar kebolehjangkitan atau nilai R-naught (Rt) Covid-19 negara ini sedikit menurun pada semalam kepada 0.96 berbanding 0.97 yang dicatatkan kelmarin.

Berdasarkan data dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi siaran media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, terdapat sembilan negeri merekodkan kadar Rt melebihi 1.00.

Negeri yang mencatatkan kadar Rt melebihi 1.00 itu adalah Sarawak (1.21), Kuala Lumpur (1.12), Terengganu (1.12), Negeri Sembilan (1.07), Perak (1.04), Pulau Pinang (1.03), Putrajaya (1.02), Pahang (1.01) dan Kedah (1.01).

Tiga negeri yang mencatatkan Rt 1.00 pula adalah Selangor, Melaka dan Johor.

Sementara itu, empat negeri mencatatkan bacaan Rt di bawah 1.00 adalah Kelantan (0.97), Perlis (0.94), Labuan (0.82) dan Sabah (0.70).

Semalam, KKM melaporkan sebanyak 22,030 kes positif baharu Covid-19 sekali gus menjadikan kes kumulatif di negara ini sebanyak 3,845,601 kes.

Maklumat terperinci berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan Covid-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my dan data akan dikemaskini pada jam 12 tengah malam setiap hari.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Mac 2022 @ 11:32 AM