DATUK Ras Adiba Radzi (kanan) yang bertanya sesuatu kepada Kemaman Mohd Fadzli Ismail (kiri) ketika melawat ke PPS. FOTO Bernama
DATUK Ras Adiba Radzi (kanan) yang bertanya sesuatu kepada Kemaman Mohd Fadzli Ismail (kiri) ketika melawat ke PPS. FOTO Bernama
BERNAMA

Kuala Lumpur: Syarikat swasta di Malaysia disaran mewujudkan dasar pengambilan pekerja daripada golongan orang kurang upaya (OKU).

Presiden OKU Sentral, Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata kerajaan telah menerapkan dasar satu peratus penjawat awam di setiap kementerian adalah terdiri daripada golongan itu.

Justeru, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia itu menyeru agar syarikat swasta mengamalkan polisi serupa bagi membolehkan lebih ramai golongan OKU menyertai sektor pekerjaan.

Beliau juga berkata pengambilan pekerja OKU perlu disokong dengan fasiliti mesra pengguna kurang upaya seperti tandas dan ram untuk akses ke bangunan.

"Sediakan juga pekerjaan berdasarkan pengalaman dan kelayakan pendidikan kami," katanya pada pelancaran video kempen 'TimeToListen' oleh Capital A Bhd bagi membantu OKU mengatasi prejudis dan diskriminasi sosial serta menyediakan platform untuk mereka bersuara.

Ras Adiba berkata ketika ini, hanya empat kementerian melepasi saranan satu peratus dalam pengambilan pekerja kurang upaya.

"Saya begitu berharap pada tahun ini, kementerian lain akan turut mengikuti langkah dan tidak ketinggalan dalam mencapai sasaran polisi yang ditetapkanā€¦ satu peratus adalah terlalu kecil, saya berharap ia (dinaikkan kepada) 10 peratus," katanya.

#kw ras adiba radzi, sektor pekerjaan, OKU, kuala lumpur

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Mac 2022 @ 5:13 PM