Foto hiasan
Foto hiasan
Hana Naz Harun

Johor Bahru: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa menyaksikan persaingan antara enam calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Calon yang disahkan bertanding di kerusi itu adalah dari Barisan Nasional (BN) Ng Yew Aik, Amira Aisya Abd Aziz (Muda), Dr Khairil Anwar Razali (Pejuang), Loh Kah Yong (PN), calon Parti Bangsa Malaysia (PBM) Steven Choong Shiau Yoon dan calon Bebas, Adzrin Adam.

Berdasarkan data SPR, seramai 2.576 juta pengundi biasa daripada keseluruhan 2.599 juta pengundi berdaftar layak mengundi pada PRN Johor nanti.

Jumlah pengundi di Johor mencatatkan peningkatan kira-kira 28 peratus berbanding hanya 1.8 juta pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan penambahan 749,731 pengundi berusia 18 tahun ke atas susulan pendaftaran automatik Undi18.

PRN Johor perlu diadakan selepas SPR menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor penggal ke-14.

SPR secara rasmi menerima notis daripada Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat berhubung pembubaran DUN Johor penggal yang ke-14 pada 23 Januari lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Februari 2022 @ 11:23 AM