DATUK Seri Saifuddin Abdullah
DATUK Seri Saifuddin Abdullah
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Kedutaan Besar Malaysia di Manila kini sedang membantu 15 rakyat Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menerusi catatan di Twitter berkata, Wisma Putra sedang berurusan dengan agensi berkaitan bagi memudahkan proses itu berjalan lancar.

Ia susulan 15 rakyat Malaysia terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino dan tidak dibenarkan untuk memasuki Filipina.

Semalam, pihak berkuasa Filipina dilaporkan tidak membenarkan mereka memasuki negara itu selepas terdapat isu berkaitan sijil vaksin.

Menerusi laporan media, salah seorang pelancong memaklumkan, mereka tidak dibenarkan memasuki Filipina dan pasport mereka turut dirampas dan bakal dihantar pulang pada Selasa ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Februari 2022 @ 2:13 PM