ORANG ramai menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 secara walk-in di PPV Integrasi Dewan Soka Gakkai, Klang. FOTO Faiz Anuar.
ORANG ramai menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 secara walk-in di PPV Integrasi Dewan Soka Gakkai, Klang. FOTO Faiz Anuar.
BERNAMA

Kuala Lumpur: Sebanyak 11,809,467 individu dewasa atau 50.4 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, bagi tempoh sama, seramai 22,923,709 individu dewasa atau 97.9 peratus telah melengkapkan dua dos, manakala 99.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,787,642 atau 88.6 peratus telah melengkapkan vaksinasi, sementara 2,867,448 atau 91.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam, sebanyak 97,300 dos vaksin diberikan melibatkan 732 dos pertama, 898 dos kedua dan 95,670 dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 63,384,672 dos.

Sementara itu, menurut portal Github Kementerian Kesihatan (KKM), lima kematian Covid-19 dilaporkan semalam dengan masing-masing satu kematian di Kelantan, Melaka, Pahang, Pulau Pinang dan Selangor.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 January 2022 @ 10:03 AM