TANGKAP layar kejadian pergaduhan membabitkan dua kumpulan lelaki di kawasan Kubota Square, dekat sini, tengah malam kelmarin. FOTO  tular
TANGKAP layar kejadian pergaduhan membabitkan dua kumpulan lelaki di kawasan Kubota Square, dekat sini, tengah malam kelmarin. FOTO tular
Abdul Rahemang Taiming


Tawau: Sembilan individu yang disyaki terbabit pergaduhan dua kumpulan menggunakan pedang Samurai di Kubota Square di sini, kelmarin ditahan reman selama empat hari hingga Selasa.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Dzul Elmy Yunus, hari ini ke atas suspek berusia antara 21 hingga 33 tahun selepas menerima permohonan polis.

Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Media semalam melaporkan video pergaduhan membabitkan dua kumpulan lebih daripada sepuluh lelaki tular di media sosial yang turut memperlihatkan mereka menggunakan senjata dipercayai pedang samurai.

Susulan video itu warganet gempar dan mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan.

Berita berkaitan

Video dua kumpulan gaduh guna Samurai tular

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 January 2022 @ 10:15 AM