Foto hiasan
Foto hiasan
BERNAMA

Kuala Lumpur: Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman mengesahkan menerima satu laporan berhubung kematian mengejut, membabitkan seorang lelaki yang merupakan Orang Kena Tahan (OKT) di lokap Balai Polis Marang, Terengganu, hari ini.

Pengarah JIPS Datuk Azri Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan pada 3 petang hari ini.

Beliau berkata, siasatan berkenaan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan JIPS.

"OKT yang berusia 38 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan.

Azri berkata, OKT direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 30 Januari di Mahkamah Majistret Marang, Terengganu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 January 2022 @ 10:44 PM