GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Amir Abd Hamid


Kuala Lumpur: Sebanyak 99.4 peratus atau 4,714 daripada 4,744 kes harian yang dilaporkan, hari ini, adalah kategori ringan iaitu 1 dan 2.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 30 kes lagi atau 0.6 peratus pula adalah pesakit kategori 3, 4, dan 5.

Beliau berkata, jumlah kes baharu Covid-19 hari ini meningkat kepada 4,744 kes hari ini berbanding 4,066 kes semalam.

"Perincian jangkitan hari ini adalah kes import sebanyak 429 kes membabitkan 289 warganegara (67.4 peratus) dan 140 bukan warganegara (32.6 peratus).

"Kes tempatan pula sebanyak 4,315 kes iaitu 4,112 warganegara (95.3 peratus) dan 203 bukan warganegara (4.7 peratus)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) sebanyak 129 kes iaitu 110 kes disahkan Covid-19; 19 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

Menurutnya, 72 kes memerlukan bantuan pernafasan: 72 kes (48 kes disahkan Covid-19; 24 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

"Sejumlah 21 kluster baharu dicatatkan hari ini menjadikan sejumlah 6,349 kluster di seluruh negara sejak pandemik bermula.

"Sebanyak 6,090 kluster sudah tamat, manakala jumlah kluster masih aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 259 kluster," katanya.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW dan data setiap hari di laman sesawang itu adalah dikemaskini selepas tengah malam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 January 2022 @ 7:44 PM