GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Zatul Iffah Zolkiply


Marang: Polis menahan seorang lelaki warga Myanmar selepas dipercayai merogol remaja perempuan yang berusia 14 tahun.

Suspek berusia 30 tahun itu ditahan di sebuah rumah yang sedang dalam pembinaan di daerah ini kira-kira jam 2.10 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, penahanan suspek dibuat susulan laporan diterima pihaknya daripada keluarga mangsa pada Ahad.

Beliau berkata, hasil soal siasat awal suspek mengaku merogol mangsa dan pemeriksaan lanjut terhadap telefon bimbit suspek turut menemui beberapa gambar bogel disyaki gambar remaja perempuan itu.

"Siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau selain bebas daripada pengaruh dadah.

"Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 January 2022 @ 10:48 PM