GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
BERNAMA

Bukit Mertajam: Pasukan Polis Marin (PPM) Batu Uban merampas 216,800 batang rokok pelbagai jenama dan 143.4 liter minuman keras tidak bercukai bernilai RM133,460 dalam serbuan di sebuah rumah di sini, malam tadi.

Komander PPM Wilayah 1 Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata, serbuan pada 10 malam menerusi operasi khas sempena Tahun Baharu Cina dan berdasarkan maklumat itu, turut menahan seorang lelaki warganegara Bangladesh berusia 30-an.

"Pemeriksaan menemukan 11 kotak rokok mengandungi 590 karton atau 216,800 batang rokok pelbagai jenis dipercayai diseludup, kesemuanya bernilai RM123,490.

"Kami juga merampas 17 kotak minuman keras mengandungi 143.4 liter yang juga tidak bercukai bernilai RM9,970," katanya dalam kenyataan hari ini.

Shamsol berkata, lelaki berkenaan kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 January 2022 @ 4:33 PM