IJN. FOTO ASYRAF HAMZAH
IJN. FOTO ASYRAF HAMZAH
Safeek Affendy Razali


Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa hampir sejam melawat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, petang tadi.

Al-Sultan Abdullah menjalani pemeriksaan kesihatan dan rawatan susulan di Wad Diraja, Institut Jantung Negara (IJN), sejak kelmarin.

Ismail Sabri tiba pada 5.10 petang tadi sebelum dilihat keluar dari bangunan Wad Diraja, IJN kira-kira jam 6.05 petang.

Sebelum ini pada Sabtu lalu, Perdana Menteri turut meluangkan masa melawat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang sedang menjalani rawatan di IJN.

Semalam Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata rawatan terhadap Al-Sultan Abdullah selama beberapa hari itu adalah susulan daripada rawatan intervensi pada sendi lutut dan buku lali baginda di IJN pada September 2020.

Selain rawatan susulan itu, katanya, Al-Sultan Abdullah pada masa sama turut menjalani pemeriksaan respiratori di IJN ketika ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 January 2022 @ 7:41 PM