PPM Wilayah Dua Johor merampas pelbagai jenis mercun. FOTO IHSAN PPM WILAYAH DUA
PPM Wilayah Dua Johor merampas pelbagai jenis mercun. FOTO IHSAN PPM WILAYAH DUA
Nurul Amanina Suhaini


Johor Bahru: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor merampas pelbagai jenis mercun bernilai RM87,000 menerusi serbuan di sebuah premis di Taman Puteri Wangsa, di sini, awal pagi tadi.

Komander PPM Wilayah Dua Asisten Komisioner Muhd Zailani Abdullah berkata, serbuan Op Khas Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina itu dilaksanakan 12.15 tengah malam.

Katanya, seorang lelaki berusia 47 tahun disyaki menyimpan mercun itu ditahan dalam operasi berkenaan selepas menerima maklumat orang awam berhubung penyimpanan mercun terbabit.

"Mercun itu dipercayai bagi pasaran tempatan sempena sambutan Tahun Baharu Cina nanti.

"Pemeriksaan ke atas premis turut menemui sejumlah 67 kotak berisi pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai," katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Akta Bahan Letupan 1957 yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara hingga tujuh tahun atau denda hingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali,

Katanya, sebarang maklumat berhubung kegiatan jenayah boleh disalurkan kepada Pasukan Polis Marin Wilayah Dua di talian 07-2372221.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 January 2022 @ 7:39 PM