Datuk Hasni Mohammad. FOTO ARKIB NSTP
Datuk Hasni Mohammad. FOTO ARKIB NSTP
Mohamed Farid Noh


Johor Bahru: Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad mendapat perkenan untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, petang ini.

Sumber Umno Johor berkata, Hasni yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor akan menyembah maklum kepada Sultan Ibrahim berkenaan keperluan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) sekali gus memohon perkenan baginda.

Difahamkan, Hasni akan menghadap Sultan Johor di Istana Bukit Serene, di sini, selepas beliau selesai mempengerusikan mesyuarat Perhubungan Umno Johor dan mengadakan sidang media ringkas, petang ini.

Perkembangan itu sekali gus mengukuhkan desas desus PRN Johor akan diadakan dalam masa terdekat.

Untuk rekod, terdapat 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dengan agihan terkininya adalah Umno dan DAP masing-masing 14, Bersatu (11), MIC (dua), PAS (satu) sementara Amanah (enam) dan PKR pula (tujuh).

Kerajaan Johor memiliki majoriti tipis dengan 28 kerusi berbanding 27 kerusi di blok pembangkang, berikutan kematian ahli dewan undangan negeri (Adun) Kempas, Datuk Osman Sapian yang juga mantan Menteri Besar, pada 21 Disember lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 January 2022 @ 3:02 PM