GAMBAR tular menunjukkan pelajar sekolah memanjat tembok pembahagi jalan raya Pan Borneo. FOTO tular
GAMBAR tular menunjukkan pelajar sekolah memanjat tembok pembahagi jalan raya Pan Borneo. FOTO tular
Rafiqah Dahali


Kota Kinabalu: Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan syarikat kontraktor yang terbabit dalam pembinaan jalan raya untuk mengutamakan keselamatan laluan dibina.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Kurup berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai gambar tular di Facebook yang menunjukkan pelajar sekolah memanjat tembok pembahagi jalan raya Pan Borneo menggunakan kerusi.

Pelajar terbabit dipercayai berbuat demikian berikutan pengangkutan bas sekolah ke Tebobon tidak lagi beroperasi kerana terlalu jauh untuk membuat pusingan.

Arthur berkata, syarikat kontraktor seharusnya mematuhi langkah keselamatan yang ditetapkan.

"Di dalam kita menentukan skop pembinaan jalan raya, kita sentiasa memastikan langkah keselamatan yang sesuai.

"Sejak (gambar) tular itu, kita sudah mengarahkan pihak syarikat memastikan tempat untuk orang melintas jalan cukup jelas dan selamat.

"Namun pada masa sama, kita merayu kepada orang ramai untuk menggunakan jejantas atau laluan betul untuk melintas jalan raya," katanya dalam sidang media selepas sesi Perkongsian Kupi-Kupi 'ABM Pilihan Ku' bersama pelatih ABM Wilayah Sabah di tapak latihan ABM Wilayah Sabah, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 January 2022 @ 8:30 PM