GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

Kuala Lumpur: Sebanyak 51 kluster atau 66.2 peratus daripada 77 kluster baharu yang dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (15 Januari hingga 20 Januari 2022) membabitkan institusi pendidikan.

Rekod kluster pendidikan tertinggi dilaporkan pada 19 Januari lepas iaitu 16 kluster daripada 20 kluster baharu yang dikesan, diikuti semalam (20 Januari) sebanyak 11 kluster pendidikan daripada 17 kluster baharu. Pada 18 Januari pula, daripada 17 kluster baharu, 11 adalah kluster pendidikan.

Antara negeri yang melaporkan kluster pendidikan ialah Melaka apabila Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka mengesan penularan Covid-19 di dua buah kolej vokasional iaitu Kolej Vokasional Melaka Tengah (76 kes) dan Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar (11 kes).

Di Sabah, antara kluster pendidikan dikesan iaitu Kluster Jalan Kepayan Lama-Tambunan melibatkan asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tambunan dan setakat ini 36 kes positif Covid-19 dikesan.

Di Kedah, antara kluster pendidikan yang dilaporkan termasuk Kluster Dah Penyarum (115 kes) dan Kluster Dah Jalan Merbau (52 kes) sementara di Pulau Pinang, Kluster Jalan Sungai Nipah (83 kes).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 January 2022 @ 12:49 PM