PETIKAN rakaman CCTV menunjukkan suspek curi duit tabung surau.
PETIKAN rakaman CCTV menunjukkan suspek curi duit tabung surau.
Mohamad Fahd Rahmat


Kluang: Polis memburu suspek mencuri duit tabung di surau di Taman Puteri di sini, 15 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, perbuatan suspek iaitu seorang lelaki itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

"Suspek masuk dan mengambil duit di dalam tabung surau. Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira 9.30 pagi 15 Januari lalu.

"Suspek menggunakan kenderaan jenis Proton Saga bewarna kelabu namun nombor pendaftarannya tidak pasti," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, siasatan terperinci sedang dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan mencuri dalam mana-mana bangunan, khemah atau yang digunakan sebagai tempat kediaman manusia atau untuk simpanan harta.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyaiurkan di mana-mana balai polis yang berhampiran atau menghubungi IPD Kluang melalui talian 07-7784222," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 January 2022 @ 10:48 AM