FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Oleh Mohd Roji Kawi


Kuching: Bayi lelaki ditemui lemas selepas dipercayai terjatuh daripada titi di rumah mereka di Kampung Muara Teba di sini, semalam.

Kehilangan bayi berusia setahun daripada rumah mereka disedari ibunya kira-kira jam 6 petang.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, berikutan itu, ahli keluarga dengan bantuan penduduk kampung berusaha mencarinya di kawasan berdekatan.

"Kira-kira jam 7 petang, jasad bayi itu ditemui terapung ketika air pasang di kampung berkenaan.

"Sebaik ditemui, ibu dan bapa bayi berkenaan terus mengejarkannya ke Hospital Umum Sarawak (HUS) namun pegawai perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia," katanya pada kenyataan hari ini.

Kes setakat ini ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Difahamkan, bayi itu terjatuh daripada atas titi di rumah mereka ketika air pasang petang semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 January 2022 @ 2:06 PM