GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
BERNAMA

Kuala Lumpur: Seramai 258,337 individu penduduk dewasa di negara ini sudah menerima dos penggalak Covid-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif bagi pemberian dos penggalak meningkat kepada 10,002,472 atau 42.7 peratus.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW, sebanyak 22,911,629 atau 97.9 peratus daripada populasi dewasa sudah lengkap menerima vaksinasi, manakala 23,189,939 individu atau 99.1 peratus daripada kumpulan itu, menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, seramai 2,776,837 individu atau 88.2 peratus sudah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,862,423 individu atau 90.9 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Dalam pada itu, statistik harian menunjukkan sejumlah 264,635 dos vaksin sudah diberikan semalam membabitkan 1,981 dos pertama dan 4,317 dos kedua, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 61,540,069 dos.

Sementara itu, menurut portal Github KKM, 13 kematian Covid-19 dilaporkan semalam dengan Kuala Lumpur, Sabah dan Pulau Pinang masing-masing merekodkan dua kes, dan masing-masing satu kes di Selangor, Perlis, Negeri Sembilan, Melaka, Kedah, Johor dan Kelantan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 January 2022 @ 9:33 AM