GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Ahmad Hasbi


Seremban: Satu kluster baharu Covid-19 dikesan Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Munawir di Sikamat, di sini, apabila 56 daripada warga sekolah itu disahkan positif Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan, berkata, seramai 227 individu termasuk kontak rapat, menjalani ujian saringan,

"Beliau berkata, daripada jumlah itu, seramai 56 individu didapati positif Covid-19, manakala 171 individu negatif.

"Mereka yang disahkan positif, dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Tampin bagi rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Veerapan berkata, proses pembelajaran dan operasi pentadbiran di sekolah berkenaan dihentikan dan ia kini ditutup bagi tujuan sanitasi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 January 2022 @ 9:14 AM