MERCUN berkenaan. FOTO Ihsan PPMW5
MERCUN berkenaan. FOTO Ihsan PPMW5
Erika George


Sarikei: Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPMW5) Sarikei merampas mercun dianggarkan bernilai RM254,800 di sebuah kediaman di sini, semalam.

Komander Pasukan PPMW5 Sarawak, Asisten Komisioner Zulfikar Mohd Ghazali berkata, hasil maklumat dan risikan, pasukannya menjalankan serbuan di kediaman terbabit pada 6.40 petang.

"Pemeriksaan mendapati kediaman terbabit dijadikan stor simpanan bekalan mercun dipercayai untuk diedar di pasaran tempatan," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun disyaki pemilik kediaman berkenaan.

Menurutnya, hasil semakan mendapati pemilik kediaman gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan pemilikan dan penyimpanan mercun.

"Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 January 2022 @ 8:12 AM